Sunday, January 19, 2014

Resepi aiskrim

Assalamualaikum :)

hee senyum je type entry ni :) tak tahu kenapa :)

Hari ni Shahin nak share cara-cara nak buat eskrem @ ice cream @ aiskrim :)
Shahin tengah study akaun sebenarnya,adalah nak cari maklumat sikit dekat internet teknologi hujung jari . tiba-tiba terjumpa pulak resepi buat aiskrim, oleh Cik Epal . So Shahin pun try..

bahan-bahan:

satu tin susu cair
setengah atau suku tin susu pekat
esen vanilla
satu sudu besar ovalett
sebiji telur
perisa -oreo
          - milo

haa ni lah antara bahan-bahannya


kalau ikut resepi cik epal,ada esen vanilla, tapi Shahin tak letak pun tadi,sebab tak ada kat rumah,dan terlupa nak beli. lagipun Shahin rasa function esen vanilla tu cuma untuk rasa je kot, tapi tak pasti lah apa tujuan dia,agak-agak macam tak jejas apa-apa kalau tak letak,so malas nak pergi beli

Mula-mula masukkan semua bahan-bahan (susu cair,susu pekat,ovalett,telur,esen vanila) dalam mangkuk.

susu
lepas tu putar sampai likat. kalau tak de pemutar(mixer) boleh guna blender,tapi cuci dulu bersih2 jangan ada bau cili, nanti aiskrim berbau cili pula, kalau tak kisah,tak pe lah :D

maknanya kita makan telur mentah lah kan? hee aiskrim kat kedai pun buat daripada telur jugak :)


Putar lebih kurang 20 minit macam tu. sampai jadi creamy.
haa sampai jadi lebih kurang macam ni. letih gak lah nak memutarnya, lama~ nasib baik pakai mixer, kalau pusing pakai sudu, mintak tolong ahli bina badan lah :D


 ok siap!! ooopp,, sebelum masukkan dalam bekas aiskrim ni, Shahin letak dalam mangkuk dulu, asing kan,kalau nak buat 2 perisa,letak dalam 2 mangkuk,kalau nak buat 3,dan seterusnya,fikir sendiri hehe.

3 cara nak tuang dalam bekas ni,
1,kalau 2 perisa je,boleh lah tuang je dua2 sekali,satu tuang sebelah kanan,satu lagi sebelah kiri. tangan pun ada dua je kan hehe
2,tuang satu2,mula2 tuang,lepas tu sengetkan sikit bekas tu supaya tak bercampur,lepas tu tuang perisa seterusnya.
3.guna cara korang sendiri hehe

haa tu je lah, sebab resepi ni menarik sangat, yang buat Shahin rasa nak buat and nak share dengan korang :)

kalau tak faham cara2 nak buat ,lepas baca sampai habis entry ni, refer je terus kat cik epal , mungkin penerangan dia lebih jelas,sebab Shahin boleh buat aiskrim tu tengok resepi cik epal :)

ohh ye, tak semestinya kene letak dalam bekas eskrem nestle tu,Shahin guna bekas tu sebab tak ada bekas lain yang sesuai

XOXO:S



4 comments:

  1. macam sedap je :) nanti amel pun nak try jugak la :D

    ReplyDelete
  2. tu lah,sebab tgk resepi cik epal macam sedap lah yg buat shahin nak try hehe :) insyaa allah sedap,shahin pun tak rasa lagi,kat dalam peti ais tu belum kerasss

    ReplyDelete
  3. nampak sedap la aiskrim tu. nyum nyum...

    ReplyDelete
  4. Nurul Faiz: memang sedap pun.. tak rugi buat :) try lah

    ReplyDelete

org kenyit kat shahinaaz