Sunday, January 19, 2014

Resepi aiskrim

Assalamualaikum :)

hee senyum je type entry ni :) tak tahu kenapa :)

Hari ni Shahin nak share cara-cara nak buat eskrem @ ice cream @ aiskrim :)
Shahin tengah study akaun sebenarnya,adalah nak cari maklumat sikit dekat internet teknologi hujung jari . tiba-tiba terjumpa pulak resepi buat aiskrim, oleh Cik Epal . So Shahin pun try..

bahan-bahan:

satu tin susu cair
setengah atau suku tin susu pekat
esen vanilla
satu sudu besar ovalett
sebiji telur
perisa -oreo
          - milo

haa ni lah antara bahan-bahannya


kalau ikut resepi cik epal,ada esen vanilla, tapi Shahin tak letak pun tadi,sebab tak ada kat rumah,dan terlupa nak beli. lagipun Shahin rasa function esen vanilla tu cuma untuk rasa je kot, tapi tak pasti lah apa tujuan dia,agak-agak macam tak jejas apa-apa kalau tak letak,so malas nak pergi beli

Mula-mula masukkan semua bahan-bahan (susu cair,susu pekat,ovalett,telur,esen vanila) dalam mangkuk.

susu
lepas tu putar sampai likat. kalau tak de pemutar(mixer) boleh guna blender,tapi cuci dulu bersih2 jangan ada bau cili, nanti aiskrim berbau cili pula, kalau tak kisah,tak pe lah :D

maknanya kita makan telur mentah lah kan? hee aiskrim kat kedai pun buat daripada telur jugak :)


Putar lebih kurang 20 minit macam tu. sampai jadi creamy.
haa sampai jadi lebih kurang macam ni. letih gak lah nak memutarnya, lama~ nasib baik pakai mixer, kalau pusing pakai sudu, mintak tolong ahli bina badan lah :D


 ok siap!! ooopp,, sebelum masukkan dalam bekas aiskrim ni, Shahin letak dalam mangkuk dulu, asing kan,kalau nak buat 2 perisa,letak dalam 2 mangkuk,kalau nak buat 3,dan seterusnya,fikir sendiri hehe.

3 cara nak tuang dalam bekas ni,
1,kalau 2 perisa je,boleh lah tuang je dua2 sekali,satu tuang sebelah kanan,satu lagi sebelah kiri. tangan pun ada dua je kan hehe
2,tuang satu2,mula2 tuang,lepas tu sengetkan sikit bekas tu supaya tak bercampur,lepas tu tuang perisa seterusnya.
3.guna cara korang sendiri hehe

haa tu je lah, sebab resepi ni menarik sangat, yang buat Shahin rasa nak buat and nak share dengan korang :)

kalau tak faham cara2 nak buat ,lepas baca sampai habis entry ni, refer je terus kat cik epal , mungkin penerangan dia lebih jelas,sebab Shahin boleh buat aiskrim tu tengok resepi cik epal :)

ohh ye, tak semestinya kene letak dalam bekas eskrem nestle tu,Shahin guna bekas tu sebab tak ada bekas lain yang sesuai

XOXO:S



Friday, January 10, 2014

Jalan-jalan cari makan petaling jaya

Assalamualaikum :)

Panjang pulak tajuk entry Shahin kali ni.

Hari tu,Shahin ada ajak Ayai pegi makan area Petaling Jaya,sebab saja-saja balik ikut federal highway,so dah lalu tu,mintak la dia belanja kan,mana tau dia willing hehe. Alhamdulillah,makan free, ngee. tak de lah, bukan apa,kadang-kadang nak manja-manja sikit, ape salahnya kan,lagipun ke mana lagi dia nak sedekahkan duit dia kalau bukan ke mulut dan perut Shahin kan kan kan. sape setuju angkat telinga sikit :D

Pusing punya pusing,nampak satu kedai depan Masjid Bulat. Nama masjid tu tak ingat la,tapi rasanya orang panggil masjid bulat,sebab masjid tu bulat dan memang ada board depan masjid tu tulis "masjid bulat"

Hasil carian google,nama masjid tu masjid tun abdul aziz :)

Dekat simpang jalan depan masjid tu ada satu kedai,dekat dengan trafic light. Shahin x mo makan,so order air je dulu,ayai pon tak pk lagi nak makan apa. lepas dia hantar air,kitorang order sambal sotong petai, nasi putih,menu ayai. Muka brader ambik order tu ade sikit geramm rasanya,sebab order dua kali. Then masa dia hantar sambal sotong n nasi putih tu,ayai tengok2 lagi menu,lepas tu dia order mee kungfu untuk Shahin,dia kata sedap,so Shahin kene try.

Time dia order,org tu cakap kat belakang, "so..so." maksudnya "satu..satu..'' dalam bahasa standardnya,kelantan... bengang lah kot kitorang order satu2,memang style kitorang macam tu,tak order terus sebab tak tau nak makan apa kan..

Selesai makan,Shahin panggil akak tu suruh kira "kak. kira" *tak dengar* "kak  ! kira" *kuatkan sikit suara* *still tak dengar* "kak. kira"*ayai panggil* *dia pandang kitorang dengan muka masam dan penat* "kaunter"

erghh sentapnya! kitorang ni pelanggan tau,tak suruh pun dilayan elok-elok macam raja,cukup lah hormat sikit. tak pernah lagi Shahin pergi mana-mana kedai makan yang pekerja dia SeMuA sombong.

mungkin korang tak dapat imagine atau rasa apa yang shahin cakap dorang sombong, sebab cara penyampaian ni kurang berkesan hehe tapi point utamanya cuma Shahin nak pesan,kalau korang ada kedai makan atau korang pekerja kedai makan,jagalah adab sikit,cakap je elok-elok. biasalah pelanggan memang macam-macam perangai,yang elok yang tak elok,yang pelik yang tah pape kan. bukan kedai makan je,apa-apa kedai pun, atau tak payah ada kedai pun,kita tetap kene hormat orang kan.

Shahin sedar shahin pun mulut tak reti jaga jugak,bila fikir balik mungkin alasan dorang sama macam Shahin bila sekali sekala terlepas bermulut celupar, penat agaknya..

oh ye, lastly, makanan kat situ not bad,alhamdulillah.makanlah dengan rasa bersyukur,insyaa Allah, sedap. Cubalah try :)

XOXO:S

Saturday, January 4, 2014

Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum,
dipagi jumaat yang indah,dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa , sedang Shahin menelaah assignment,sambil berbloging , tiba-tiba teringat mama pernah cakap pasal 'kutu'.
Bukan kutu kat kepala tu,tapi kutu duit, 'main kutu'

Untuk yang pertama kali dengar perkataan main kutu,main kutu tu sama je macam kita simpan duit,tapi beramai-ramai. ajak 2/3/4/ beberapa orang,untuk simpan sejumlah duit yang dah dipersetujui kesemua ahli yang nak join tu. lepas tu undi nombor giliran,kalau dapat nombor 3,maknanya kita orang ketiga yang akan dapat duit yang dikumpulkan tu.

contoh.
Ahli : Mama,Abah,Along,Shahin,Aqib,Ayai.
Tempoh: Sebulan sekali
Simpanan: RM100 sebulan
Giliran : Balqis(1) Mama(2) Ayai(3) Abah(4) Aqib(5) Shahin(6)

So bulan pertama masa start main tu, semua orang bayar,bila dah cukup duit tu,bagi kat along,sebab along dapat giliran pertama. Bulan kedua pulak bila semua orang dah bayar,beri pada Mama, dan seterusnya :)

macam tu lah sikit gambaran main kutu ni.

oh ye, ceritanya Shahin nak cakap yang tiba2 teringat mama ada cakap pasal main kutu,so Shahin ingat nak mesej mama tanya pasal benda tu,dah penuh ke belum orang yang nak main,since mama main dengan kawan2 office dia,tp ada sorang tarik diri mungkin,mama bayar untuk 2 orang. So mama ajak Shahin.

Shahin ambik fon,nak mesej lepas tu baru teringat, yang kredit tinggal RM00.00. Sedih je rasa,nak mesej mama pun tak boleh. Terpaksa lah contact mama guna email..sedih kan? Nokia C3 tu dah kira canggih dah untuk Shahin, ok lah,boleh ambik gambar,bukak internet,sms,mms,panggilan video tapi
 kalau tak ada kredit,semua tu tak berguna *except ada wifi*

Scene yang Shahin lalui pagi ni, buat Shahin terfikir dan teringat topic hangat yang jadi buah mulut orang sekarang,majlis perkahwinan. Banyak dah ustaz2 ustazah2 atau orang2 berilmu yang kupas pasal majlis perkahwinan yang besar2.

Bila dikaji-kaji,memang banyak buruk dari baiknya.
Biasanya majlis yang besar2 ni macam-macam resepsi,adat and tah ape2 yang nak diikut or dibuatnya.

Personally yang Shahin tak suka, makan beradab, majlis berlainan untuk golongan berlainan. contohnya minggu ni buat majlis yang dihadiri tetamu2 khas,orang kaya2,mak datin mak dato' tan sri,puan sri,sri murni minggu depannya baru buat majlis yang dihadiri orang-orang biasa. Ada jugak yang asingkan tempat makan pengantin atau keluarga pengantin dengan orang luar. Sepatutnya asingkan tempat duduk lelaki dengan perempuan,bukan asingkan tempat macam tu.

Tapi Shahin tak tahu lah rezeki Shahin nanti macam mana kan? kadang-kadang kita tak nak buat,tapi keadaan memaksa. Shahin bukan jenis alim sangat,kadang-kadang tu orang cakap-cakap terikut jugakkan.

 Bila buat majlis besar2,hantaran beribu-biru(sampai tahap tak mampu) mulalah pihak lelaki buat loan. lepas hidup lepas kawin,kejenya nak bayar balik loan je, Artis kawin dapat sponsor,kita pon dapat jugak,tapi sponsor sementara. ni lah yang Shahin sama kan dengan handphone mahal,kredit tak ada pon tak guna,terpaksa bukak lappy untuk contact mak sendiri :)

k lah,sampai sini je, XOXO :S

Sunday, December 29, 2013

Giveaway Akhir Tahun 2013 Hotlips Corner

assalamualaikum :) hey3! Shahin nak try masuk contest ni lah, jom lah ramai2 join,tak susah pon, :) ikut step ni:

buat entry bertajuk: 
"Giveaway Akhir Tahun 2013 Hotlips Corner"

buat backlink ke:

promote dekat kawan-kawan

pegi link kat atas tu,lepas tu tinggalkan
link entry korang dekat ruangan komen

SIAP! huhu

Jom Join!! giveaway

Saga Flx untuk disewa

Assalamualaikum.

Dalam entry kali ni, Shahin nak umum kan (ecewah) yang Shahin ada business kereta sewa harian.
Kalau ada siapa-siapa yang berminat nak sewa kereta, boleh contact abah Shahin, (najmi:0126913076) atau (mama,: 0173489008) cakap je korang jumpa info pasal kereta sewa ni dekat blog Shahin, nanti Shahin kautimm dengan mama abah hehe :)



Bagi Shahin, student IPT yang ada lesen,tapi tak pakai kereta,atau kereta tinggal kat kampung/rumah je,sebab duduk hostel kan,kadang-kadang nak pergi jalan-jalan dengan member-member,boleh lah sewa,pakai sehari je kan :) Terutama sekali yang rumah jauh, dekat kelantan ke,pahang,melaka ke,tak kan nak balik naik bas,ambik kereta,pakai sehari nak jalan-jalan lepas tu letak balik kat rumah dan balik hostel naik public transport kan? berapa pulak tambangnya nanti.

Atau pun, dia ada lesen,ada kereta,tapi pakai kancil atau viva,tapi nak keluar sekali ramai dengan kawan2,boleh jugak kalau nak sewa.

Selain nak balik kampung, dah bosan naik bas atau kereta api,sewa lah kereta :)

Jenis kereta : Saga FLX (auto) (kereta baru)

Sunday, December 22, 2013

Lulus JPJ

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. lulus dah JPJ :) Hurmm, Shahin tak tau lah memang betul Shahin boleh buat ke, atau penguji tu linean je bagi markah. tapi rasanya Shahin buat okay je :)
Alhamdulillah,sekali lagi, sebab test JPJ sekali je. Malas betul nak ulang, first sebab kene bayar, second sebab test JPJ telan masa lebih kurang sehari,bagi yang kerja,memang kene ambil cuti, kalau yang study,terpaksa ponteng kelas pagi sampai petang. Kalau dapat nombor awal, Insyaa Allah boleh habis tengah hari,dalam pukul satu. Tapi kita bukan boleh sure yang kita habis awal kan? so memang kene ambik cuti. Yang study tu,kalau dah abis awal,boleh la pergi kelas petang,kalau dekat. tapi buatnya jauh macam Shahin, test dekat Puchong,college kat Maluri,tak ke penat,nak berkejar2

Shahin pergi hari tu,Ayai teman. Masa buat test jalan raya tu dia ascod (eh macam mana eja ni?)  Shahin dari belakang. hehee.. Tapi JPJ tu tak kate ape pun, tak perasan kot :)

hurm. okay lah tu je nak cerita hehe:)
tata XOXO:S

Friday, December 6, 2013

kronologi lesen P

Assalamualaikum.

Lama jugak tak update blog,Shahin baru borak-borak dengan junior masa sekolah dulu.
Just suggest kat dia, ambik lesen sementara tak buat apa-apa lepas SPM ni.

jadi Shahin nak tulis sikit kronologi nak dapatkan lesen P :) JOM!!

mula-mula sekali, daftar dekat driving academic.

Lepastu bincang dengan pihak driving academic tu,tarikh kita nak pergi kelas undang-undang(5jam)(termasuk rehat).
ataupun tunggu je dia call, untuk pergi kelas tu.

Selesai kelas undang-undang, booking tarikh nak pergi test computer. Kalau boleh, pergilah seminggu atau dua minggu lepas kelas undang-undang tu, sempat lah nak baca buku kan :)

Kalau lulus, macam Shahin dulu, pagi test computer,dah lulus,terus masuk kelas teori dan amali,kelas ni 6 jam. 6 jam ni termasuk rehat dan solat,so tak rasa pon lama. belajar kat sekolah pun berjam-jam kan? so perspective pertama sebelum pergi kelas 6jam ni,jangan lah fikir boring boring boring, tak boring pon kalau kita fikir tak boring k :D

Tamat kelas amali dan teori, tunggu dalam seminggu camtu, lesen L keluar,Insyaa Allah. Lepas dapat lesen L baru boleh belajar memandu.

minimum kalau tak silap dekat malaysia ni, 10 jam. so kalau sehari 3 jam, dalam 3 hari dah settle belajar driving, just kalau belum confident,boleh tambah jam belajar, harga sejam, bergantung pada driving academic tu sendiri.

Habis belajar, kalau kita ambik 9 jam, 9 jam lah,kalau 16 jam, 16 jam lah,kalau ambik pakej sampai lulus, belajar lah sampai pandai, lepas tu pergi Pra-ujian.

pra ujian ni, kita panggil dia QTI. test ni untuk biasakan kita situasi test JPJ sebenar. sebab kadang-kadang kita belajar guna kereta lain, lepas tu JPJ test guna kereta lain, maksudnya jenis kereta yang sama, contohnya kancil, tetap kancil,cuma kereta kancil yang lain,so keadaan pedal clutch, break dan accelerator dia berbeza sikit. contohnya clutch kereta kita guna untuk belajar tu,mudah di tekan,tapi kereta masa test,susah sikit,so takut tak biasa,sebab tu diadakan QTI ni.

Lagi satu, QTI ni untuk pelajar tu tengok sendiri kelemahan dia. dari situ dia boleh ready untuk JPJ nanti.

Lulus QTI, booking untuk JPJ test. Tapi pastikan lesen L kita dah cukup sebulan, baru boleh test JPJ.
lepas JPJ test, dalam 3 hari bekerja macam tu dah boleh dapat lesen P!

selesai!! :)
XOXO:S