Saturday, January 4, 2014

Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum,
dipagi jumaat yang indah,dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa , sedang Shahin menelaah assignment,sambil berbloging , tiba-tiba teringat mama pernah cakap pasal 'kutu'.
Bukan kutu kat kepala tu,tapi kutu duit, 'main kutu'

Untuk yang pertama kali dengar perkataan main kutu,main kutu tu sama je macam kita simpan duit,tapi beramai-ramai. ajak 2/3/4/ beberapa orang,untuk simpan sejumlah duit yang dah dipersetujui kesemua ahli yang nak join tu. lepas tu undi nombor giliran,kalau dapat nombor 3,maknanya kita orang ketiga yang akan dapat duit yang dikumpulkan tu.

contoh.
Ahli : Mama,Abah,Along,Shahin,Aqib,Ayai.
Tempoh: Sebulan sekali
Simpanan: RM100 sebulan
Giliran : Balqis(1) Mama(2) Ayai(3) Abah(4) Aqib(5) Shahin(6)

So bulan pertama masa start main tu, semua orang bayar,bila dah cukup duit tu,bagi kat along,sebab along dapat giliran pertama. Bulan kedua pulak bila semua orang dah bayar,beri pada Mama, dan seterusnya :)

macam tu lah sikit gambaran main kutu ni.

oh ye, ceritanya Shahin nak cakap yang tiba2 teringat mama ada cakap pasal main kutu,so Shahin ingat nak mesej mama tanya pasal benda tu,dah penuh ke belum orang yang nak main,since mama main dengan kawan2 office dia,tp ada sorang tarik diri mungkin,mama bayar untuk 2 orang. So mama ajak Shahin.

Shahin ambik fon,nak mesej lepas tu baru teringat, yang kredit tinggal RM00.00. Sedih je rasa,nak mesej mama pun tak boleh. Terpaksa lah contact mama guna email..sedih kan? Nokia C3 tu dah kira canggih dah untuk Shahin, ok lah,boleh ambik gambar,bukak internet,sms,mms,panggilan video tapi
 kalau tak ada kredit,semua tu tak berguna *except ada wifi*

Scene yang Shahin lalui pagi ni, buat Shahin terfikir dan teringat topic hangat yang jadi buah mulut orang sekarang,majlis perkahwinan. Banyak dah ustaz2 ustazah2 atau orang2 berilmu yang kupas pasal majlis perkahwinan yang besar2.

Bila dikaji-kaji,memang banyak buruk dari baiknya.
Biasanya majlis yang besar2 ni macam-macam resepsi,adat and tah ape2 yang nak diikut or dibuatnya.

Personally yang Shahin tak suka, makan beradab, majlis berlainan untuk golongan berlainan. contohnya minggu ni buat majlis yang dihadiri tetamu2 khas,orang kaya2,mak datin mak dato' tan sri,puan sri,sri murni minggu depannya baru buat majlis yang dihadiri orang-orang biasa. Ada jugak yang asingkan tempat makan pengantin atau keluarga pengantin dengan orang luar. Sepatutnya asingkan tempat duduk lelaki dengan perempuan,bukan asingkan tempat macam tu.

Tapi Shahin tak tahu lah rezeki Shahin nanti macam mana kan? kadang-kadang kita tak nak buat,tapi keadaan memaksa. Shahin bukan jenis alim sangat,kadang-kadang tu orang cakap-cakap terikut jugakkan.

 Bila buat majlis besar2,hantaran beribu-biru(sampai tahap tak mampu) mulalah pihak lelaki buat loan. lepas hidup lepas kawin,kejenya nak bayar balik loan je, Artis kawin dapat sponsor,kita pon dapat jugak,tapi sponsor sementara. ni lah yang Shahin sama kan dengan handphone mahal,kredit tak ada pon tak guna,terpaksa bukak lappy untuk contact mak sendiri :)

k lah,sampai sini je, XOXO :S

No comments:

Post a Comment

org kenyit kat shahinaaz