Friday, October 25, 2013

Perfect Driving Academy

Assalamualaikum :D

Ya Allah! Alhamdulillah..
Akhirnya dapat jugak Shahin daftar lesen. terima kasih MAMA!! i love you so much :)  :*

Khusyuk main brick game tiba-tiba talipon rumah berdering, Shahin angkat, suara mama di sebelah sana, mama cakap "dah baca mesej?" "jap" baca : *Angah turun bawah kita pergi daftar driving school* terus jerit, yeaa!! lepas tu bila dah habis cakap, terus pegi tukar baju, tengok jam pukul 5, tapi belum solat asar,leka sangat ber-brick game tadi..hehe

sebelum pakai tudung,ingatkan nak solat lepas balik je, tapi hati ni kuat mengatakan, "Allah dah beri apa yang aku mahu, tak kan solat yang berapa minit tak ditunaikan?" terus ambik wudu' ,dan solat. lagipun pesanan mama tadi, "lagi setengah jam turun,mama masih jam" so sempat je kan nak solat? yang mengada-ngada nak lambat-lambatkan kenapa?

lepas tu mama mesej,mungkin tak sempat, sebab mama jammed sangat ni, kalau tak sempat, esok angah pergi daftar sendiri yer, pandai tak. Shahin pun jawab je "pandai". lepas tu tanya, kenapa tak amik kat OUG tempat along dulu? *masa tanya ni tak terfikir pulak pasal transport kalau mama gi keje ke ape. sebab biasanya driving school ni dia ambik masa practical je, masa kelas,ujian undang2 ape semua tu dia tak pick up, kene pergi sendiri.

lepas tu mama cakap,senang ke nak pergi kat OUG? dengan selamba Shahin reply "senang"
mama pun singgah sebab dari office mama memang lalu situ, dua kali pusing, tak de pon perfect academic center nya, mama tanya nyonya tepi tu rupanya dah tutup 10 hari lepas, kelakar lah jugak,penat mama pusing sampai dua kali.

motifnya mama suruh ambik kat sri petaling is kalau mama pegi keje, tak boleh nak hantar, Shahin boleh pergi sendiri naik bas,senang. okay Alhamdulillah Allah permudahkan,kalaulah tak tutup mesti dah daftar kat OUG(oversea union garden) and susah sikit nak pergi.

perfect ni pulak bukak sampai pukul 7 je, mama pick up Shahin kat rumah pon dah pukul 6, dengan jam lagi,memang kitorang budget tak sempat nak daftar,pergi just untuk tengok tempat.tapi Allah nak tunjukkan kuasa dia,sempat jugak,nampak tak Allah maha berkuasa?

parking pulak tak ade, mama suruh Shahin turun, cakap kat orang tu tunggu sekejap, mama cari parking, waktu tu dah 6.33pm, orang tu pun senyum dan kata okay2. terus dia bagi penerangan semua kat Shahin,sementara tu,belum habis pun penerangan mama dah masuk, rupanya mama dapat parking kat depan kedai tu jugak, sekali lagi, Alhamdulillah,hebat kan Allah. ni lah nikmat2 yang kadang2 kita terlepas pandang.

bincang3,duit mama belum keluarkan,ingat nak suruh Shahin pergi bayar esok,tapi memikirkan aqib tak ade orang jaga,and bahaya bawak duit banyak2,mama pergi jugak bank,sempat je,orang tu pun tunggu.okay settle!! mama:so esok tak payah dtg lah ye, *tanya kat Celine(org perfect academic tu*
Celine: hmm gambar?

dalam hati, again! pastu dia kata kat belakang ni ada kedai gambar. mama kata u boleh tunggu ke? tak ape, saya tunggu,celine reply. Shahin pon pergilah kedai belakang tu ambik gambar. uish lama jugak,dalam 5 minit tunggu, ceketceketceket, yeaa!! dah print, laju je akak tu cut,then bayar and lari pergi kat mama, bagi gambar, sain atas dua kertas, settle!! alhamdulillah :) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

ouh yer, buatkan kitorang lagi senang nak cari, Shahin kan pergi cari tempat cuci kodak dengan Ayai hari tu,Shahin ada nampak Perfect Driving Academic tu,tengok tadi kertas yang mama print, alamat+map perfect driving academic tu,baru tahu yang mama nak pergi kat sri petaling ni pon Perfect jugak sama macam yang along pergi dulu,terus Shahin cakap kat mama,ouh ni kat situ situ situ situ (tunjuk jalan) semua ada hikmah kan? alhamdulillah :)

okay lah sampai sini je,kalau nak info pasal harga semua, bagilah tau,nanti Shahin buat entry pasal harga buat lesen dekat Perfect Driving Academic ni k :) XOXO :S

Wednesday, October 23, 2013

Lomography aquapix...and Lazada

Assalamualaikum :)

hari ni Shahin nak share lagi barang yang Shahin (ayai sebenarnya yang order ) order dari Lazada, kitorang order kelmarin, and hari ni dah sampai, okay,quite ok service dia, ramai yang kata lazada lambat apa semua, Shahin pun tak pasti kenapa, mungkin kawasan dorang memang lambat sampai barang-barang dari Lazada ni ataupun salah order or mungkin memang salah Lazada sendiri. setakat ni yang Shahin order semua dah sampai, later kalau ada info/barang tak sampai Shahin akan update untuk siapa-siapa buat review, Insyaa Allah berguna jugak kan, untuk buat keputusan nak order dari Lazada ke tak.
tadaa!! ni lah yang Ayai order,and i don't know kenapa sibok sangat nak
 naikkan berat badan


ohh ye, sebenarnya entry kali ni nak share pasal aquapix yang Shahin beli kelmarin, kan Shahin ada bagitau pada hari yang sama Shahin beli tu, Ayai datang ajak beli kodak. Ok, semalam kitorang pegi hantar kodak tu(lepas digunakan lah) pegi cuci, and guess what, gambar tu semua tak ada..hmm sedihnya.. ni lah yang tak best pakai film camera.. tapi kitorang tak kan putus asa,kitorang nak cari jugak film yang sesuai or try beli film yang sama sekali lagi, amik gambar pakai camera along ke ape, sebab dah beli, sayang lah kalau tak dapat guna walaupun sekali kan? hehe kalau dah boleh guna nanti, hasilnya Shahin update k!

*Ayai willing je melayan minat Shahin kat camera hehe seronok sangat! sebenarnya bukan minat camera, just teruja nak guna "toy" camera, lagi excited kalau gambar dia boleh cuci kan? boleh faham kan apa Shahin rasa? hehe. minat terhadap camera ni sebenarnya ditanamkan oleh along Shahin yang Shahin sayang sangat-sangat, (Nur Nazatul Balqis)

dulu dia pernah ada nikon DSLR, dan sekarang camera dia Shahin dah rosakkan, kesian kan? hmm sementara belum ada duit ni, Shahin tanam tekad(ecewahh) one fine day i'll buy her a DSLR! i will!! (emo pulak)

Apa korang rasa kalau kita rosakkan nikon DSLR 3100 orang and belum mampu nak replace, lepas tu datang seorang hamba Allah yang offer nak bagi kita nikon 1,  kalau ikut hati nak bagi camera tu gantikan DSLR yang rosak tadi,tapi TAK BOLEH! sebab orang tu...*ter berhenti menaip sebab nampak cicak* ...ok sambung balik, sebab orang tu bermakna/special untuk kita? :'(  *tak nak lah terima pemberian tu* hehe

eh okaylah, sampai sini dulu, semoga entry ni sedikit sebanyak membantu atau memperkuatkan lagi hati korang yang datang sini buat review tentang Lazada or Lomo Aquapix untuk buat keputusan! XOXO :S

Monday, October 21, 2013

Toy Camera!! Lazada

Assalamualaikum ya ukhi ya akhi..

yea! alhamdulillah, camera yang Shahin order dari Lazada hari jumaat(18/10/13) lepas, sampai tengah hari tadi (21/10/13). cepat jugak service penghantaran Lazada ni, puas hati shopping mengabeh duit hehe.

all my orders



Shahin order satu mula-mula, lepas tu Shahin cerita kat along, then along suruh order kan untuk dia and kawan dia, sebab tu lah all my orders ada tiga hehe ..

Service Lazada ni memang okay, buat masa ni. just bagi pendapat lah, base on pengalaman sendiri :)
masa order, Shahin ada salah tekan and order jadi double, minutes later pihak mereka call,tanya order sebenar,pantas betul tindakan.


ok..purple ni kawan along punye :)

along cakap tak kesah warna apa-apa, so Shahin tanya lah along tengok kawan dia suka warna apa, and purple jadi pilihan along, untuk kawan dia :) hope kawan along tu suka ;)

my sister's one :)
haa! ni along punya, since she like blue so much, so hope she like this too ;)
mine!
this is mine!! cute tak? Shahin nak bagi along warna putih sebenarnya, tapi ada pink pulak, and she doesn't like pink hehe. cute kan pink dengan putih? :) yang pink tu, cover dia, untuk water proof . haa lupa nak share, camera ni boleh guna dalam air! tapi shahin belum try lah :)

Hours lepas Shahin bagi tau Ayai camera dah sampai, tiba-tiba ada orang ketuk pintu, Shahin intai kat tingkap,rupanya cik abang sayang dah sampai nak ajak cari kodak:) sweet kan dia? :P HAHA! dengan tak masak apa-apa lagi,baju pon belum jemur,baju kat ampaian belum angkat, siap-siap terus keluar, dia tak bawak kereta so kita naik bas! pergi carefour seri petaling or now its called Big Aeon . terus tuju kedai gambar,cari kodak. Miss kat kedai tu pon tak tau macam mana nak pasang kodak,sebab dia kata tak pernah jumpa camera macam camera Shahin hehe



tengah pasang-pasang,Miss/Amoy tu cakap "pelik betul laa camera akak ni, macam mainan saja" dalam hati Shahin, ni memang mainan! namanya pun toy camera hehe.. dia tanya lagi "berapa ringgit you beli ini?" Shahin pun menjawab dengan pintar, supaya dia tak putus asa untuk cuba masukkan kodak/filem tu, "lapan puluuuh sembilan hmm, lapan puluh sembilan" dia pon angguk-angguk dan teruskan mencuba.

Shahin pernah tengok you tube cara masukkan filem, tapi tak ingat sangat and tak confident nak buat, so dengan bantuan my Nokia C3 Pink, Shahin bukak balik you tube review pasal camera tu, bagi Ayai tengok, ok! this! Ayai dah paham macam mana, cuba3, dah boleh!

hmm kitorang pegi minum-minum dan snap gambar sampai habis filem tu 36 keping, dan pergi balik kedai tadi,tanya nak cuci, hee guess what, one of the worker there say, "kene hantar pergi office dulu baru boleh buat ini, ada tu dia kenaa lampu lampu" tak paham sangat,tapi Ayai cakap, maksud dia dia tak boleh cuci kalau filem tu nampak kosong macam tu, ade lah kene do something :) XOXO :D

oh ye, so sekarang ni kodak ada pada Ayai, dia willing nak pergi cari tempat cuci yang lain sebab kedai tadi lambat sangat. Nanti dah dapat gambar tu,Shahin update, Insyaa Allah ;)

*masalah belum masak td Ayai settle kan dengan beli je lauk kat bawah=.= anyway, thank you!!
*dah balik tu, jemur baju,sempat je.hehe

oh ye, siapa-siapa yang ada info pasal kedai gambar yang menawarkan perkhidmatan "cuci filem" dengan segera/tak segera pon takpe, area bukit jalil dan petaling jaya, boleh lah roger-roger ek. (sebab for me susah jugak nak cari kedai macam tu area sini, dekat KL sana mungkin banyak lah kan)

Assalamualaikum :D



Thursday, October 17, 2013

Berakhir semester satu

Assalamualaikum.. alhamdulillah, dapat jugak update blog, dah lama nak update entry ni, tapi lappy Shahin tak boleh bukak blogger.com pulak, tak tahu lah kenapa. rasanya Shahin ada terdelete something, so kene cari balik, mungkin lah, sebab sebelum ni ok je Shahin bukak blogger kat lappy tu. Yang buat Shahin rasa macam kurang pandai, Shahin tak pernah terfikir pon nak pakai lappy mama update entry, padahal mama tak bawak pon lappy dia pegi office, lagi buat rasa bodoh bila Shahin terfikir nak mintak tolong kakak Shahin yang nun jauh di UPSI sana, dan sepupu Shahin yang dekat shah alam tu ( @amlndhln ) , nak suruh dorang tolong tengok boleh tak on blogger kat lappy dorang. Padahal yang depan mata, dalam rumah sendiri pon Shahin boleh terlepas pandang =.= tulah, kata orang tua-tua, kuman kat seberang nampak, gajah depan mata tak nampak. okay lah, harap viewer tahu dan paham masalah Shahin, and siapa-siapa yang tahu macam mana nak betulkan lappy Shahin tanpa perlu hantar kedai, harap dapat lah tolong ye.

Alhamdulillah, tamat sudah semester satu atau lecturer lebih selesa called it as "part one". Sepanjang part one ni, Shahin stayed hostel, 4 orang satu bilik, and one of my roommates is my beloved cousin, Nur Amalina Binti Modh Dahlan, or family called her as "Alin" and friends or others called her as "Amal".

Dua orang lagi peneman dihening malam, dikala ribut taufan exam melanda, dikala perut berkeroncong, ialah Farah Wahida Mohd Azam, and Anis Amira Ahmad. they are sweet roommates to be.
Banyak yang kitorang buat sama2, makan, mandi,tidur,basuh kain, jemur kain, kemas bilik. dan semua tu kenangan bagi Shahin. harap this ukhuwah, will long lasting, sampai jannah, insyaa Allah. ukhuwah fillah abadan abada. kalau ada selisih paham ke apa2, harap dimaafkan.
(rasanya readers tak kesah kan, baca campur2 sikit bahasa? sebab kalau fully bahasa melayu,entry ni akan jadi panjang berjela-jela,dan kalau fully english,korang tak kan faham sebab Shahin tak pandai english,so for sure akan scrumbled. so better dont)

moment with amal is bila duduk dalam bilik dua orang je, and i'll start story about my family, and thanks for being a good listener dear.
second,masa keluar makan dengan dia je dua orang,dekat yusuf. tak ada apa pun, just tulah antara masa yang Shahin spend dengan Amal.

okay, now moment dengan Farah. ok, yang paling ingat sekali bila final economy, and masa tu cuma Shahin dan Farah je dalam dorm, sebab Amal balik rumah, and Anis tidur bilik kawan dia, if i'm not mistaken. Shahin tertidur dalam pukul 10 sampai 11 rasanya, ngantuk time tu, hanya Allah je tahu, betapa beratnya kepala,x boleh angkat langsung, mata pon bagi kerjasama 100% dekat akal, untuk terus tidur. lepas tu farah kejut, ajak makan keropok yang dia gaul dengan sauce. Alhamdulillah, dapat bukak mata,and pegi dekat Farah, mungkin kuasa keropok ikan yang sedap tu buat Shahin semangat nak bangun, lagipon exam economy at two, so kene jugak bangun, dan TERIMA KASIH FARAH,kejut aku!! :) eh kejap, rasanya moment ni masa exam MGT(marketing) , and Amal waktu tu bukan balik, dia punya exam pagi,kalau tak silap. urghh either one lah, tak ingat.
Satu lagi, masa test Math, test,bukan final tau, farah jugak yang kejut, dan sebab dia kejut tu lah Shahin study sikit,and alhamdulillah,boleh jugak jawab.
(bukan Farah je yang pernah kejut Shahin, semua antara dorang selalu je kejut Shahin kalau tertidur,and esoknya ada quiz/test/final, just moment dengan Farah, Shahin cerita details sikit. thanks korang!! and sorry...selalu tak kejut korang pagi2, event ada test ke apa, sebab rasa serba salah sangat nak kejut,kesian tgk korang tidur, and korang selalu study lebih dari aku, so aku rasa korang perlu rehat)

Last, but not least!! Anis, moment dengan Anis yang Shahin ingat sangat, masa pegi basuh baju dekat washing machine tingkat 6, sambil tunggu kain siap basuh, kitorang sempat berangan, kalau ada makhluk kecik yang boleh tolong kitorang buat semua benda, makhluk yang kitorang bayangkan tu kecik dan comel sangat. okay lah, ni je Shahin nak share sepanjang part one ni.

oh ye, Shahin baru bukak tabung yang Shahin guna masa kat hostel, sepanjang 14 minggu ni, (lebih kurang lah) Shahin dah ada RM29.20 dalam tabung buluh buatan tangan sendiri dari sarawak tu, yeaa!! *nak guna untuk kahwin,cukup tak? hehe*