Thursday, July 25, 2013

jaga adik, jaga anak, jaga ibu jaga isteri


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya   Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya  Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau
 akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

 3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga
 amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu
 bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatila h dia jika
 tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanla h dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Wednesday, July 24, 2013

tuhan carikan aku cinta..

Assalamualaikum..

Tuhan carikan aku cinta?
hurmm.. kita doa sama-sama jom, doa biar Allah tetapkan jodoh kita dengan orang yang boleh bimbing kita.
Insyaa Allah...

Shahin nak sangat, suami Shahin nanti, orang yang boleh mengaji, boleh solat dengan sempurna,boleh ajar Shahin serba serbi about Islam.

Yes, semua perempuan pon nak kan semua tu.. tapi tak semua dapat sebab janji Allah, perempuan baik untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya...

kita sekarang bila disuruh tutup aurat, jaga akidah, jaga iman, jaga amal, dia sebut "saya tunggu suami saya nanti, bimbing saya ke arah semua itu"

macam mana nak dapat suami yang boleh bimbing kita?
as semua orang pun tahu, kita juga kene jadi orang yang baik dahulu untuk dapat orang yang terbaik untuk kita.

Shahin demand, demand tinggi untuk dapat seorang suami yang macam tu,tapi Shahin pon tak kuat untuk terus jadi muslimat sejati. yang tinggalkan adat sekarang,yakni "couple"..

Kalau boleh Shahin nak lepaskan semua ni, nak cari redha Ilahi dan nikah dengan akar pengenalan yang bersih, bersih daripada zina mata, zina hati, zina telinga semua..

bukan senang.. bukan senang nak tinggalkan kemungkaran, sebab kemungkaran jalannya lurus, dan jalan ke syurga itu berliku, terlalu mahal syurga, nak dibayar dengan amal yang tak seberapa ni...
jom doa lagi, doa sama-sama kita semua(perempuan dan lelaki yang saling berkasihan) jumpa jalan penyelesaian untuk masalah besar ni... XOXO :S!

Friday, July 19, 2013

Fasa Seterusnya

Assalamualaikum ..
hello2.. urmm blog shahin yang " permintaanhatiq.blogspot.com " sebelum ni shahin dah delete..and rasa menyesal sangat.. tak pe lah.
continue dengan blog ni, dengan idea baru yang lebih bernas Insyaa Allah ;)

Sekarang Shahin dah masuk IPT, Alhamdulillah, even result 3A je, tu pon A-, dapat jugak masuk IPT.
Insyaa Allah niat nya nak buat yang terbaiklah kan, doa-doakan Shahin ok :)

Diploma In Accounting.. urmm orang cakap susah course ni, tapi tak pe lah, insyaa allah, dengan usaha
apa pon kita boleh capai.

Lapan subjek:
financial accounting
Mathematic
introduction to business
sejarah
economy
english
agama
kesatria(KPU)

Tapi KPU tu Shahin dah buat pengecualian, sebab dah join PLKN sebelum ni :)
baru sekarang semua nak rasa bersyukur sebab dapat PLKN.

So tanggungjawab Shahin sekarang cuma 7 subjek , tujuh je, ringan sikit, harap tiap-tiap sem dapat dekan,semua subjek dapat A.
setakat ni, Alhamdulillah account dan mathematic setakat ni boleh bawak lagi.
economy, business and english tu yang risau sikit, susah daripada math, sebab masa SPM Shahin tak ambik eco.

oklah sampai sini dulu,dah ngantuk... tata XOXO S!