Thursday, February 19, 2015

law 346 : dissolution of partnership

Assalamualaikum Dan Hari readers.
Lama tak update. Tiba2 update pasal law plk kan. Yelah tgh study law haa tetiba teringat blog plk. Rindu blogging. :D

#update guna lenovo p780 . saje bgtau sebab phone ni superb best huhu.

K nak cite dissolution of company.
Ada banyak cara Dan undang2nya nak bubarkan company ni.
Ikut section 34 (1) a , ni akan terpakai bila partnership ada tempoh masa tertentu mcm dah ada dlm agreement mmg nak tubuhkan ntk 10 tahun sahaja so lepas tamat tempoh tu. Bubar lah kecuali kalau partners nak teruskan so partnership tu akan jd partnership at will yakni partnership yg tiada tempoh masa.

Haa skrg section 34 (1) b, pulak. Section ni terpakai bila partnership tu adalah partnership yg ditubuhkan ntk tujuan tertentu. Sbgai contoh tubuhkan ntk bt bangunan . so siap bangunan tu bubarlah partnership. Simple kan?

Lastly ntk section 34. Section 34 (1) c . dimana partnership ditubuhkan tanpa tempoh masa tertentu. Partnership at will lah ni. Dia akan terbubar bila salah seorang drpd rakan kongsi hantar notice pembubaran. Notice tu mesti di dalam pengetahuan semua rakan kongsi. Bahasa ringkas dia. Semua partners mesti tahu lah. Tu je. K kalau dlm notice tu ada tarikh yg ditetapkan bila bubar, partnership akan terbubar pada tarikh tersebut. Tp kalau silent senyap je , partnership terbubar saat semua rakan kongsi tahu pasal notice tu.

Done ntk section 34 dissolution.
nak sambung section 35 , 36 and so on ke? Lain kali lah ye. Ngantuk hehe.
Taa! XOXO :S

Tuesday, July 22, 2014

Indahnya sedekah :)

Assalamualaikum..
lama tak update kan..
tak rajin, assignment belambak.
tapi rasa kali ni tetap nak kongsi jugak tak kira lah trafik kontot pon
adalah tu hikmah kenapa Shahin rasa nak update jugak pasal Indahnya Sedekah ni kan?

:)

sebelum tu, nak announce satu dunia. kakak Shahin dah pregnant. seronok
seronok seronok nak dapat anak sedare. wahai anak sedare membesarlah dikau didalam
tu dengan sihat dan kehadiranmu ke dunia ditunggu-tunggu okay? :D :*

ok jom kesah sedekah.
tak mo panjang2 kay.

siapa yang takut nak sedekah? siapa yang rasa sedekah tu mengurangkan duit kita? siapa yg tahu kebaikan sedekah tapi masih belum yakin? siapa yang nak masukkan duit dalam tabung masjid, dia korek dompet simpan duit syiling?

sebenarnya Allah dah janji tau, kita sedekah,tolong orang, makin banyak Allah bagi.

ni betul2 jadi kat Shahin, masa tu Shahin nak pegi rumah kawan kat Petaling Jaya, pastu kat trafic light nampak seorang peminta sedekah, Shahin berat jugak nak bagi duit besar.. masa tu teringat pesan mama, mama kata kalau nak ukur kita betul2 ikhlas ke tak, cuba letak duit yang paling besar ada dlm dompet.lepas tu jgn fikir pulak. cuma kalau mmg nak Allah kurniakan kita rezeki, mintak je kat Dia, specific sikit. contoh " Ya Allah, berikan aku rezeki yang halal dalam tempoh sebulan ini sekurang-kurangnya RM5000," tak salah kita nak mintak kat Allah, Dia suka kita meminta-minta pada Dia. Lepas tu kene redha dan percaya, serahkan semuanya pada Dia, lepas kita berusaha, Insyaa Allah tak banyak dia akan bagi juga ikut keperluan kita. mungkin jumlah RM5000 bukanlah jumlah yang sesuai untuk kita pada masa tu, tapi Dia bagi sikit2 ke kan? tu rahsia dia, yang penting kita bersyukur je dgn apa yg kita dapat lepas kita berusaha tu.


then Shahin pun bagi RM5 ke RM10 tak ingat. tapi rasanya tu memang duit paling besar yang ada dalam dompet. just right after sedekah tu, mama whatsapp, cakap kawannya nak beli Sticker Jimat minyak dan elektrik yang Shahin jual tu. bukan 1 bukan 2, tapi 5. Shahin rasa macam Ya Allah engkau betul2 tidak memungkiri janji.

sekali lagi peristiwa yang sama, Shahin jalan2 kat bazar kat kl, kawasan masjid jamek/jalan tar tu, memang ada niat nak beri sumbangan pada rakyat palestin, cuma tak bagi2 lagi, sampai kat situ, ada orang2 sukarelawan kot, dia pegang tabung gaza tu, Shahin pun letak lah RM10 dalam tu, mmg tu je yg paling besar duit yang ada, lagipun memang Shahin tak ada duit time tu, dalam bank pun tinggal rm 26 je. tapi tak nak pk apa2, just fikir, duit kita kalau dermakan semuanya sekali pun Insyaa Allah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, infak ke jalan Allah, lagi lah, tak payah nak risau apa dah.

masa tu jugak mama whatsapp, kawan dia nak beli sticker Jimat tu 10 keping. mungkin rezeki Shahin kat situ. ini yang Shahin betul2 nampak daripada sedekah.

Shahin pernah cakap kat mama, bukan tak elok ke kita mengharapkan balasan kalau buat baik?
tapi mama kata, kita bukan harapkan balasan atas apa yang dah kita beri, kita bagi dengan ikhlas, jangan fikir sikit pun apa yang kita bagi. berapa kita bagi. tapi meminta-minta pada Allah tu sebab kita memang Hamba, hamba yang lemah, yang tak akan boleh buat apa2 kecuali dengan Rahmat Dia. kan? jadi tak salah minta kat dia. apa kita nak, minta je lepas tu percaya dan redha.

jangan pulak lepas baca ni, pegi sedekah, doa, minta, tak dapat lepas tu cakap Shahin bagi tips tipu.
hehe sekali lagi, Allah beri apa yang terbaik ok? macam mak yang tak bagi anak main pisau, sebab mak tu tak syg anak ke? tak kan? =D

sedekah tu memang indah. tak percaya, cuba lah ringan-ringankan tangan bersedekah. jangan pk apa2 pun. best sgt. rasa dia tu, cuma orang yang praktikkan je tahu.

sampai sini dulu, walaupun kat atas tu dah janji tak mo panjang2, dh terpanjang, sorry eh. hehe Shahin just teruja dgn apa yang Shahin receive daripada apa yang Shahin "invest"

XOXO :S

Thursday, May 8, 2014

debaran

Assalamualaikum.
Hai apa khabar hee. Mmg tak ada apa pun yg Shahin nak catit malam ni.
Cumaa..
Cumaa..

Cumaa berdebar. Sekarang ni semua budak UiTM tengah menanti email result..
Termasuk kolej bersekutu UiTM ..student-studentnya mesti ramai yang berdebar2.
Mungkin ada yang:-

1) tunggu email masuk pukul 12, tapi tertidur 11.59
2) tunggu email masuk pukul 12, tapi kecundang dan ubah fikiran, masuk tidur dan buat keputusan tengok esok he
3) tunggu email dan masih menunggu macam Shahin. Jam shahin 11.58pm sekarang. Lagi 2 minit.
4) memang malas nak tunggu pukul 12, tak pe tengok esok je,x kisah pun x jadi antara yang awak
5) tunggu kawan2 bising2 dulu baru tengok

Apa-apa je lah situasi korang,Shahin ucapkan kepada student UiTM semuanya. Semoga dapat result yang gempak okayy . kalau masih menanti tu,jantung x reti duduk diam,ambik wuduk Solat dan bacalah yasin,Insyaa Allah everything will be okay

K lah dah pukul 12 chow! Esok update result k XOXO :s

Sunday, April 20, 2014

resepi bubur nasi ringkas

Assalamualaikum.

haa hari ni Shahin nak share resepi bubur ayam yang superb ringkas. Bagi Shahin ni kira ringkas lah :)

bahan-bahan:
* serbuk jintan manis. (1 sudu kecil penuh)
* serbuk lada hitam.(1 sudu kecil penuh)
* kulit kayu manis ( sebatang saiz kecil)
* bunga lawang. ( sekuntum)
* bawang merah (tumbuk halus)
* beras(1 cawan)  (cuci 3 kali)
* minyak untuk tumis
* ayam di potong dadu

mula-mula tumis bawang, gunakan minyak yang super sedikit.
hanya untuk basahkan periuk je supaya bawang tak melekat.

lepas tu masukkan ayam yang dipotong dadu tadi.tumis sampai warna putih,
kira dah boleh makan lah.

masukkan serbuk jintan manis,kulit kayu manis, lada hitam dan bunga lawang.
kacau sebati dan sampai naik bau.

masukkan beras dan air secukupnya. letak air tu dua mangkuk dulu. lepas tu letak lagi
sampai puas hati pun boleh.

lebih elok letak macam air tu mcm tu, supaya tak bosan menunggu.
kalau letak terlalu byk air mula2 tu. nanti tunggu je sampai masak.
kalau letak sikit2,nanti dah nak habis air tu, tambah lagi, tak lah bosan sangat.
JANGAN TINGGALKAN DAPUR ANDA!! 
amaran okay, lagi2 untuk orang yang selalu lupa.
atau
orang yang mudah terpanggil kalau dengar jiran berborak.
nanti tertinggal terus dapur dengan api menyala tu, bahaya.

okay, last sekali masukkan garam. kalau nak masukkan masa masak pun boleh.
masa tambah air, tambah garam. tapi sikit-sikit lah.
pon boleh menghilang kan bosan ketika masak bubur.
bubur kan lama nak masak
jadi kene ada skill hehe.
berselawat lebih baik. tapi berselawat guna mulut kan?
tangan boleh lah letak garam dengan air tu.

okay dah siap bubur ! tak yah pakai cube ayam pun. 

kalau nak extra urmm boleh lah letak sikit hiasan,
daun sup ke. daun bunga rampai ke hehe.

Saturday, March 22, 2014

JPJ- semakan saman

Assalamualaikum,
sebelum mulakan apa2 perkongsian, Shahin nak minta semua readers tolong doakan Shahin lagi dua hari nak final exam. dan dimulakan dengan subjek account..stress jugak, tapi ada pulak masa ber blog kan :)

hari ni Shahin nak share sikit pasal Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan. tadi berblogwalking, tersinggah pulak di blog anak pahang dan terbaca satu entry. kat situ ada link ke portal rasmi JPJ.

KLIKK --> Portal Rasmi JPJ  <-- ni portal nya

korang boleh mohon lesen tamat tempoh,mohon batalkan lesen, semak tarikh luput lesen, semak nombor daftar kenderaan terkini, semak saman, semakkan kepala . hehe lepas semak saman, semaklah kepala kan? nak kene bayar.

Eh bayar tau saman, kalau ada, jadi orang bertanggungjawab. didik diri sendiri supaya lain kali tak buat kesalahan lagi. benda baik mula2 kene paksa. macam nak suruh budak2 solat, awal terpaksa paksa dorang kan? paksa cara baik lah, lama2 biasa :)

nak didik diri sendiri solat awal waktu, mula2 kene paksa diri, azan terus bangun ambik wudu' tinggalkan segala kerja, lama2 sebelum azan dah ada atas sejadah baca ma'thurat/ buat solat sunat :)
kan :) *peringatan untuk diri sendiri.

okay lah tu je perkongsian hari ini :) moga bermanfaat

XOXO :S

Saturday, February 22, 2014

saga FLX cv auto.

Assalamualaikum,
Apa pandangan korang pasal saga flx CV?
Bagi Shahin, okay saga ni. Lagi pon yg shahin pakai ni,lengkap semua air bag. Kete Ni bg shahin mmg nampak smart! Sebab warna seat dashboard dlm dia gelap berbanding saga lama. Nmpk sikit elegance.
Orang ckp kene lebih 10000 km dulu baru
best eh? Setakat ni Shahin bwk best je. Everything okay. Minyak tak pasti Sgt,cuma banding dgn model saga dulu, dia jimat sikit. Kalau jem tu jgn cita lah kan,mana2 kete pon sama.
Saga Ni sesuai Sgt ntk org yg dah berfamily,nk pegi vacation ke,balik kg ke,dia selesa.


Ramai yang mengadu Kereta proton banyak problem, Alhamdulillah, setakat ni Shahin tak ada apa2 problem dengan kereta tu :)  Tapi nanti kalau ada apa2 update pasal problem ke, advantage disadvantage ke, Shahin update entry ye hehe

Entry Ni nak ajak readers comment pasal saga flx okay, lagi2 pasal minyak,shahin mmg Susah nak budget minyak,SBB peg/blik kolej lalu jln lain2

All the best proton *tiba-tiba*

Oh ye,Saga Ni untuk disewa harian, apa2 info blh terus call Miezzan Enterprise : 0173489008 atau 0178722841

Wednesday, February 5, 2014

Resepi spaghetti Tuna

Assalamualaikum . :)
Hari ni Shahin nak share resepi yang Shahin try sendiri :)


SPAGHETTI TUNA

Bahan-bahan
Bawang merah sebiji atau dua biji (kisar/tumbuk)
Sos spaghetti. Kimball pun okay
Spaghetti strip. Mana2 pun boleh,angel hair ke,ape2 je la.
Tomato sebiji potong ikut suka
Tuna 2 tin besar
Chili boh
Sos cili(optional)

Mula2 tumis bawang  merah.
Masukkan sos spaghetti,chili boh.
Kacau2 sikit sampai mendidih.
Sementara tu masukkan spaghetti strip dalam periuk lain berisi air yang banyak,supaya ia mudah kembang,masukkan 2 sudu minyak masak supaya tak melekat
Lepas kuah tadi dah mendidih,masukkan tuna Dan kacau sekejap,kemudian masukkan tomato,sementara kacau tu,penyekkan tomato tu supaya kuah ada rasa masam-masam sikit. Dah siap! Masukkan garam secukup rasa. Sos chili tadi boleh masukkan kalau nak hasilkan kuah lebih. Tapi x berapa sedap kalau letak sos chili tu banyak sangat. :)



Simple kan? Eh spaghetti dalam kuali satu lagi tu boleh la angkat bila dah kembang/ dah take keras.

*update pakai Lenovo A766 hehe